Lawatan tapak bagi melihat keberkesanan sistem kawalan kualiti air telah dijalankan di kawasan rekreasi Kolam Bukit Hantu, daerah Langkawi pada 10 September 2022.
Lawatan kerja diketuai oleh Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Haji Nasser bin Salim bagi melihat dan memantau keadaan semasa kawasan kolam tersebut dan berpuas hati kerana kualiti air kolam semakin jernih.