TINJAUAN KERJA PASCA BANJIR KILAT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR (KASA) BERSAMA KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA DI BALING, KEDAH.
Yang Berbahagia Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengadakan tinjauan kerja pasca banjir kilat di Baling, Kedah bersama Dato' Dr. Ir. Md Nasir bin Md. Noh, Ketua Pengarah JPS Malaysia pada 5 Julai 2022.
Tinjauan kerja ini ialah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai faktor dan kesan banjir yang melanda Kg Iboi dan Kg Tanjung Luas, Baling untuk tindakan susulan peringkat KASA.