Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan Bil 2 JPS Kedah telah diadakan pada 26 Jun 2022 di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tn. Pengarah JPS Kedah, Ir. Hj. Nasser bin Salim dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Bahagian, Jurutera Projek dan Jurutera Daerah di JPS Kedah. Mesyuarat berkala ini diadakan bagi membincangkan status kemajuan dan pelaksanaan projek-projek persekutuan dan negeri yang sedang dilaksanakan di daerah-daerah.